Beretika

Beretika


#Tips4marketing

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang lain, anda sendiri dah beretika ke belum? Anda tahu, bila anda sedang berkerja tak kira lah berniaga ke, kerja makan gaji ke atau kerja sendirian berhad ke, anda mesti beretika.

Etika ini penting sebab anda sedang berurusan dengan seseorang terutama dalam bidang perniagaan. Tidak kiralah mereka adalah supplier, client atau pekerja anda sendiri. Ada etika yang perlu anda turuti.

1 Etika jumpa client

Ketika berurusan dengan client, anda harus membuat mereka selesa ketika bersama anda. Ketika mula-mula berjumpa, mestilah akan ada perasaan janggal. Anda harus atasi dengan memulakan perbualan yang ringan seperti tanya khabar mereka, bila mereka sampai dan selainnya. Selepas itu, barulah anda mulakan tujuan anda. Untuk elakkan berasa tidak selesa, anda boleh adakan pertemuan yang tidak formal seperti di restoran.

2 Etika jumpa supplier

Supplier adalah orang penting yang membekalkan bekalan asas produk anda. Jika anda bijak berurusan dengan mereka, banyak manfaat yang anda akan dapat seperti harga bekalan yang murah dan mendapat penajaan. Ketika anda ada appointment dengan supplier, buat persediaan dengan sampai awal. Berikan senyuman anda yang paling manis dan buang rasa malu dan janggal. Anggap mereka kawan anda yang sudah lama tak berjumpa.

3 Etika berpakaian

Ramai peniaga yang memandang remeh hal pakaian. Mereka pakai ikut suka hati je, asal selesa. Anda juga harus fikir keselesaan orang yang berurusan dengan anda. Tengok gaya pemakaian mereka ketika berjumpa dengan anda. Adakah ia menggambarkan kerjaya mereka seorang usahawan yang berjaya? Elakkan dari memakai sandal dan baju t-shirt ketika berurusan dalam hal bisnes. Anda tahu, apa yang anda cakap, buat, rasa, fikir adalah menggambarkan diri anda sendiri?

4 Etika jawab panggilan

Panggilan telefon memainkan peranan yang penting dalam operasi harian. Kerja anda lagi cepat, mudah dan jelas dengan hanya satu panggilan telefon. Anda boleh sampaikan tujuan dan hajat secara jelas dan mudah difahami. Bila seseorang call anda, SILA jawab dengan pantas, JANGAN biarkan ia berdering terlalu lama. Jika anda tak dapat jawab panggilan tersebut, ambil nota atau pass pada pihak yang berkenaan, faham faham?

5 Etika balas emel, PM atau Whassap

Ini merupakan satu lagi masalah bila anda berniaga dan dah terima banyak order sampai tak menang tangan. Kadang-kadang sampai tak sempat nak balas Whassap, PM dan emel pelanggan, betu? Siapa yang pernah terjadi pada dia, say I! Macam mana sibuk pun anda, permintaan pelanggan harus diutamakan. Apa akan jadi jika pelanggan boikot anda hanya kerana anda lambat response? Jika anda tak dapat nak balas, gajikan pekerja yang boleh membantu anda, boleh?

Semoga dengan perkongsian etika-etika ini, ia boleh memantapkan lagi bisnes anda. Lagi bagus jika anda praktikkan dalam perniagaan anda bagi membaiki mana-mana yang patut. Sekiranya anda rasa perkongsian ini terlalu sedikit, apa kata anda hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Add a Review?

Contact Form

Info

SMS/WHATSAPP

Shipping & Returns

Local Delivery (Malaysia)
We deliver through PosLaju for orders.
Returns Policy
If the returns tag is still attached and item is in an unwashed, unaltered and unworn condition, returns will be accepted if delivered back within:
a) 30 days from arrival of package for local delivery
b) 30 days from arrival for overseas delivery

You will be refunded in the form of store credit of the value of items bought. An email notification will be sent to you once your store credit has been updated. If the item does not fit, you can always email us to exchange the item to another size, subject to our stock availability. If we do not have the preferred size in stock, we will give you store credit of the item value.