Heyy! Salam & selamat tahun baru 2017!
Untuk awal tahun 2017 ini, kami ingin kongsikan sesuatu yang baru bagi anda yang mengikuti FB Page & IG rasmi ini.
Kami akan kongsikan kisah-kisah jatuh bangun billionaire & multi-millionaire seluruh dunia dan Asia serta apa yang kita boleh belajar dari setiap mereka.
Suka? Like & Komen sikit jika suka ok! Dan pastikan share supaya menjadi inspirasi dan semangat untuk orang keliling kita. Tag 5-10 nama2 mereka yang anda rasa mereka patut baca ok.
————————————————-
Hari ini kami ingin kongsikan kisah Billionaire No.3 terkaya di dunia dari segi nilai harta kewangan dan kekayaan mereka iaitu Amancio Ortega.
Dia ialah pemilik jenama besar rangkaian kedai pakaian Zara yang mempunyai lebih 7,000 outlet seluruh dunia. Dia juga pemilik beberapa jenama kedai pakaian lain yang mensasarkan pasaran-pasaran yang berbeza seperti Pulls & Bear, Massimo Dutti & Lefties.
Berasal dari Spain, Amancio lahir pada 28 Mac 1936 dan nilai hartanya untuk tahun 2016 adalah US$73.3B (Forbes) dalam RM326 Billion.
Ramai orang ingat nak berjaya dalam bisnes kena sekolah tinggi-tinggi, mungkin ya, mungkin tidak tetapi Amancio berhenti sekolah ketika umurnya 13 tahun dan buat keputusan untuk bekerja sebagai kuli di sebuah kedai pakaian.
Apa yang agak menarik tentang Amancio ini ialah, dia bekerja dengan orang sehingga hampir 14 tahun sebelum memulakan bisnes pakaiannya sendiri pada umur 27 tahun (1963) dan bakal-isteri dia, Rosalia Mera ketika itu adalah tukang jahit dia yang menjahit pakaian-pakaian yang mahu dijual hanya menjahit dirumah sahaja.
Hanya selepas 12 tahun berniaga, pada tahun 1975, Amancio membuka kedai Zara dia yang pertama dan 13 tahun selepas itu, bermula pada tahun 1988, Amancio melebarkan rangkaian kedai Zara ke Portugal, Perancis dan Amerika Syarikat.
Dia tidak membina jenama kedai pakaian lain sehinggalah pada tahun 2008, dia memperkenalkan jenama butik pakaian yang lain seperti Pull & Bear dan mengambil alih jenama Massimo Dutti.
Jenama Zara kini berada di lebih 77 buah negara dalam dunia.
Jika kita boleh belajar daripada proses pembinaan bisnes Amancio,
1/ Dia amat fokus membina perniagaan beliau Zara sehingga ia benar-benar berjaya sebelum membina jenama yang lain. Sedangkan ramai usahawan yang baru mahu bermula atau ala-ala baru buat duit sedikit sudah mula mahu buat pelbagai bisnes lain atau cuba membina jenama lain. Mungkin ada yang berjaya tetapi mengikut pengalaman kami membina usahawan sejak 8-tahun ini, peratusan yang berjaya membina pelbagai bisnes pada awal perniagaan adalah amat amat amat tipis hampir-hampir tiada.
2/ Amancio seorang yang gigih bekerja membina jenama butik pakaian beliau dan beliau memilih untuk tidak dikenali. Untuk makluman, sehingga tahun 1999, tiada gambar Amancio yang ada untuk digunakan oleh media kecuali gambar dari kad pengenalan dia.
3/ Memudahkan ramai orang mendapatkan produk atau perkhidmatan kita amatlah penting dan Amancio bekerja keras untuk membina rangkaian kedai Zara di seluruh dunia agar mudah untuk pelanggannya mendapatkan pakaian-pakaian keluarannya.
4/ Umur dia kini adalah 80 tahun. Tua atau muda bukanlah menjadi faktor untuk memulakan sesuatu. Yang penting ilmu. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah, rutin harian pagi Amancio adalah membaca buku dan berenang.
5/ Beliau membina “cash cow” beliau yang pertama iaitu perniagaan rangkaian butik pakaian Zara sehingga benar-benar mencapai billion dollar sebelum melabur ke dalam hartanah, perhotelan dan pelbagai bisnes lain.
Amacam? Belajar sesuatu? Mahu kami kongsikan lagi kisah-kisah kejayaan billionaire dan multi-millionaire lain?
Kita jumpa lagi nanti! Selamat tahun baru 2017! Semoga tahun ini anda akan lebih meningkat lagi amalan, iman, ilmu, tahap kewangan, kejayaan, kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan.
#AzizanOsman