Ulser Mulut! Aduh, Pedihnya…

Ulser Mulut! Aduh, Pedihnya…

ULSER di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak. Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan. Oleh itu, kebersihan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

Punca-Punca Berlakunya Ulser
  • tekanan atau kecederaan
  • kebersihan mulut yang tidak baik
  • jangkitan mulut
  • sistem imun yang lemah
  • tindakbalas pada terhadap ubat-ubatan tertentu
  • pengambilan makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid
  • Orang tua-tua mempunyai petua tersendiri untuk merawat ulser antaranya:


1. Air garam

Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

2. Air kelapa

Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.

3. Marjerin

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

4. Madu

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

5. Soda penaik

Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Namun begitu, menggunakan cara tradisional ini adalah sangat pedih. Oleh itu, produk apakah yang boleh membantu anda?


Forever Bright Toothgel
  • mengandungi Aloe Vera Gel dan Propolis Lebah yang membantu mengurangkan jangkitan mulut
  • ia juga diperkaya dengan klorofil, yang membantu mengurangkan jangkitan mulut
  • diperkaya dengan klorofil yang membantu memutihkan gigi dan memberikan nafas yang segar


Aloe Vera Gel
  • baik untuk sistem pencernaan
  • mengandungi acemanan yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan jangkitan


Forever Bee Propolis
  • propolis lebah semulajadi
  • kaya dengan bioflavonoid
  • membantu mengurangkan keradangan dan jangkitan dengan menguatkan pertahanan semulajadi badan.

Add a Review?

Contact Form

Info

SMS/WHATSAPP

Shipping & Returns

Local Delivery (Malaysia)
We deliver through PosLaju for orders.
Returns Policy
If the returns tag is still attached and item is in an unwashed, unaltered and unworn condition, returns will be accepted if delivered back within:
a) 30 days from arrival of package for local delivery
b) 30 days from arrival for overseas delivery

You will be refunded in the form of store credit of the value of items bought. An email notification will be sent to you once your store credit has been updated. If the item does not fit, you can always email us to exchange the item to another size, subject to our stock availability. If we do not have the preferred size in stock, we will give you store credit of the item value.